Monday, December 21, 2009

HARTA KU YANG PALING BERNILAI


Harta ku yang paling bernilai ialah barang-barang yang murah namun yang paling disukai dan sukar mendapat gantinya. Kesimpulannya itu saja....betul kan? Lain2 perkara tidak kira mahal atau murah tapi boleh diusahakan jika rosak atau hilang, namun benda-benda atau perkara2 yang bermakna, yang lazimnya sukar dicari gantinya jika hilang atau musnah adalah harta yang sangat bernilai, lebih-lebih apabila kita mengetahui bagai mana sejarah mendapatkannya. Seluruh sejarah kehidupan sama ada pahit atau manis juga ibarat harta pesaka yang tidak ternilai, kita belajar dan menegur diri sama ada mahu sesuatu itu berulang atau mehu mengelak daripada berlaku perkara yang sama kerana kita melalui setiap saatnya, merasa kesukarannya dan bertatih menjadi sesuatu seperti apa yang kita menjadi pada hari kemudian. Namun hari ini, semakin ramai yang mahu melupakan bah kan tidak mahu menyebut kalibat sejarahnya selepas menemui banyak perkara baru.

Thursday, November 19, 2009

REALITI CANDRA CLEMENT

TAJUK BESARNYA : REMAJA-REMAJA 1
Realiti Candra Clement:

Kerana cinta, aku kembara..bagai camar melintas laut, mencari pohon

untuk berteduhh...Petikan daripada lirik lagu Ning Baizura 'Awan Yang Terpilu'

Sebenarnya, buku yang dimaksudkan adalah sebuah catatan (journal) mengenai apa yang berlaku dalam agenda kehidupan sejak beberapa tahun lalu dan sejak 3 tahun yang lalu dan ketika akan datang. Selagi segalanya belum berakhir. Umumnya ia mengenai pengalaman dan sesuatu yang saya fikir boleh dikongsi dan sesuai untuk tetapan.

Lariannya Terhenti:

Keseluruhannya merangkumi kandungan sebuah buku dan saya mengharap matlamatnya tercapai kerana ia mengenai motivasi, pengajaran yang banyak. Semoga juga, lebih banyak kejujuran berbanding mengetengahkan kepentingan diri sendiri. Kerana besar keinginan untuk mengongsi segalanya untuk menjadikan 'journal' ini boleh memberi inspirasi kepada golongan individu yang sama sederhana dengan kenyataan-kenyataan , fakta-fakta yang mengisi setiap siri dan kandungannya.
Catatan : Hanya setakat ini, nantikan naskahnya pada masa akan datang.

Friday, November 6, 2009

ADA APA DENGAN BAJU? ADA BANJIR !!

Baju apa? Baju luar saya ini laaa. Ada apa dengan baju ini? Baju ini dipakai kerana satu misi yang ikhlas dan jujur serta berimpati terhadap orang lain tanpa mengharapkan balasan. Orang yang layak memakai baju ini sepatutnya terlatih, ilmu berkaitan yang 'update' , aktif dan rasanya..berani (sa sikit ja berani). semua ciri2 ini sya punya sikit saja, namun rasanya seumur hidup la hal ini.

Tidak lama lagi, musim banjir akan bermula. Seperti biasa ketika tahun2 yang sudah dan bakal menjalang sekitar penghujung tahun ini dan awal tahun depan. Saya mempunyai tugas khas untuk tempat asal dan daerah saya. Saya dengan senang hati memikul tanggungjawab bersama rakan seperjuangan di bahagian bantuan kecemasan. Kepada mereka yang murni hatinya, siap2lah bersedia untuk misi bantuan kerana saya sudah menyaksikan kesukaran mereka yang berada dalam lokasi yang sering dilanda banjir.

Sunday, August 9, 2009

Ole2 Buat Adik Nun Di Kota...


Jangan la ada yang kempunan....ku semangat! Setiap kali akak melihat lada ini di tamu minggu, akak teringat adik yang jauh di kota. Katanya lada putih, antara yang sering dirindu. Jadi pada 02 Ogos 2009 yang lepas, akak telah membeli dua tompok lada putih bukan untuk akak makan tapi mengirimkan kepada adik akak yang jauh itu. Walaupun, walaupun cuma gambar. Kakak memang menyimpan cerita mengenai lada putih, bosou dan mangga hari itu, akak bangga adik tidak lupa semua itu.

Saturday, August 1, 2009

Waktu Kawin Paling Best...

Hahaha, ingat apa ?? Sebenarnya..waktu kahwin lah paling BEST ekspose kan kebudayaan. Memakai pakaian tradisi diselang baju moden apa salahnya. Hujung minggu yang lepas, saya telah dijemput oleh kawan yang mahu menamatkan zaman 'bujangnya' . Maka bertemu lah dua jiwa dari masyarakat kaum Dusun dan Rungus (dua2 dari rumpun KDM juga lah) tapi memang terdapat perbezaan terutama pakaian tradisi. Apa pun kedua mempelai ini memilih pakaian tradisi suku kaum Rungus. Sukar juga memakaikan pakaian ini kepada pengantin he2, balik dari upacara 'I do I do' pakaian moden terus diganti dengan baju tradisi yang unik dan cantik ini.

Sue ini ada kaitan saudara sama saya..dan yang di sebelahnya itu adalah "menantu kami" . Kalau korg kata nda ensom..tapi kata P.Ramlee Manis banyak he2 (jangan marah ya menantu). Selamat datang ke dalam keluarga perempuan.
Kawan saya ini, memang lah best! Paling no 1 ialah sikapnya yang nda lupa diri. Banyaklah cerita mengenainya (saya simpan untuk diri sendiri la ok...) yang penting belajar tinggi2...nda lupa rumput di bumi..tgo tu selamba ja menarikan tarian tradisi sambil berkaki ayam. Tarian ini kalau pakai kasut ka selipar maka hilang lah gemalainya, hilang kehalusan gerak tari oleh itu sapa yang sonbonk2 nda la boleh.

Kawan saya ini uda la memang ayu...dengan pakaian tradisi suku kaum Rungus yang hampir lengkap lagi la..(kalau lengkap kaki, leher ruas tangan adui mesti pakai hiasan gulungan sejenis dawai (diperbuat daripada tembaga) beberapa puluh tahun yang dahulu kala suku kaum ini (kaum perempuan 'maintain' dengan pakaian ini. Pakaian hari2, siang atau malam dengan pakaian lengkap lagi tu. Nah, mesti berkilo-kilo beratnya kan kekek (lucu saya) bukan apa kalau macam sekarang mampus lah orang sikit2 kena tinggi darah kalau bawa pakaian yang berat lagi, nah Orang dulu2 memang lah sihat cuma masalahnya dulu doktor tak ada, bila sakit kerana sakit yang tidak diketahui maklum lah menurut diagnosis org kg, kena sampuk hantu la atau 'rogon' atau kena guna2 alias 'black magic' Sekarang sudah maju ma kaum ini cuma ada segelintir yg nda maju bukan apa nda da kali rezeki atau nda berusaha. Ok Istimewa baju suku kaum ini kalau dulu la, pekaian lengkap (fabrik hitam itu) dibuat sendiri oleh tuan punya pakaian bermula dari memetik buah kapas, kaas dijadikan benang, dan dihasilkan dalam beberapa jenis warna asas, sekunder..tertier kemudian ditenun sendiri menjadi kain. kalau sekarang nilai baju yang dihasilkan melalui proses tadi memang lah tinggi nilai. Sekarang ini main beli ja benang2nya namun tukang tenunnya makin kurang..anak2 muda perlu belajar ni kemahiran kalau tidak habislah..
Lagu JAMBATAN TAMPARULI rasanya ramai yang tahu. Korang tahu penyanyi asalnya? Nah tak tahu, ini lah orangnya. Jangan tak tahu ..Gambar di atas ini ialah MR.JUSTINE LUSAH (penyanyi asal lagu Jambatan Tamparuli) dan anak perempuannya. Beliau turut menghiburkan pengantin dengan lagu2nya termasuk lagu 'Janji Tarang Bulan' ni muzik yang mengiringi pengantin berdua menari kerana memenuhi permintaan ramai.

Di kuminsan totuong...Janji toi id tarang bulan....sompi duduo kito...(ee tolong kasi betul) siapa pakar.

Yang penting, penggemar gambar2 yang 'diambil' jurugambar di bawah amatur sila2 nikmati potret2 yang diambil oleh saya ini. Orang sibuk menjemu selera saya ke hulu ke hilir ambil gambar.

Serasi...dan seperti pinang dibelah dua. 'Selamat Pengantin Baru' Sahabatku, semoga Tuhan memberi berkat dan moga jodoh berpanjangan dan apa2 ja yang paling baik untuk kehidupan korg berumahtangga. Sayang sama kamurang....Rasanya, saat perkahwinan korg berdua ini lah antara waktu yang paling gembira bagi orang kampung. Tahniah ! Ni dari saya ANAK BULAN dunia dan akhirat hahaha.